Bahan Kerja Kursus Geografi PT3 2014

Assalamualaikum , kali ni aku nak share bahan kerja kursus geo pulak .

MAKSUD
Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negative kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.
FAKTOR
a) Perkilangan
Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.
b) Kenderaan
sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.
c) Pembakaran terbuka
Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak samun.
Aktiviti membakar sawah-sawah padi selepas kerja menuai juga merupakan salah satu punca pencemaran alam sekitar juga.

LANGKAH MENGATASI
  •          Penguatkuasaan undang-undang
  •          Kempen
  •          Mengurangkan penggunaan bahan kimia
  •          Kitar semula
KESAN
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.


SUMBER : http://brainly.my/subjek/geografi

Goodluck to batch99 :)
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment