Bahan Kerja Kursus Geografi PT3 2014

Assalamualaikum , kali ni aku nak share bahan kerja kursus geo pulak .

MAKSUD
Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negative kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.
FAKTOR
a) Perkilangan
Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.
b) Kenderaan
sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.
c) Pembakaran terbuka
Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak samun.
Aktiviti membakar sawah-sawah padi selepas kerja menuai juga merupakan salah satu punca pencemaran alam sekitar juga.

LANGKAH MENGATASI
  •          Penguatkuasaan undang-undang
  •          Kempen
  •          Mengurangkan penggunaan bahan kimia
  •          Kitar semula
KESAN
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.


SUMBER : http://brainly.my/subjek/geografi

Goodluck to batch99 :)

Bahan Kerja Kursus Sejarah PT3

Assalamualaikum , hari ni aku nak share sikit bahan kerja kursus sejarah untuk PT3 . Kebanyakan bahan aku dapat dari http://brainly.my/subjek/sejarah dengan http://cikgurazak.blogspot.com .

Maksud perpaduan kaum
Maksud perpaduan kaum ialah semua kaum di dalam sesebuah negara saling berkerjasama atau erti kata yang lain berganding bahu untuk membentuk negara yang makmur dan damai.Sesebuah negara yang maju tidak akan wujud tanpa perpaduan dari semua kaum.

Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum  ( cadangan )
  • Dasar pecah dan perintah British
  • Sistem pendidikan zaman British
  • Pendudukan Jepun
  • Peristiwa 13 Mei
  • Isu agama dan budaya- trend terkini
Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
  •           tiada persefahaman
  •          sistem sekolah vernakular
  •          perbezaan kegiatan ekonomi
  •          kewujudan pelbagai aliran sekolah ·  
  •          parti politik berasaskan kaum ·    
  •          kesan dasar penjajahan british ·     
  •          Sikap individulistik dalam masyarakat ·     
  •          Penyalahgunaan media sosial – menimbulkan isu sensitif ·    
  •          Campurtangan kuasa luar 
Kepentingan perpaduan kaum
  • mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
  • memelihara kedaulatan Negara
  • mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotism
  • meningkatkan imej Negara di mata dunia
  • membangunkan ekonomi negara
  • mengekalkan kestabilan politik
  • membina masyarakat yang saling menghormati


Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum
  •          Peristiwa 13 mei
  •          Sistem pendidikan penjajah
  •          Penubuhan parti politik
  •          Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan
  •          Dasar pendidikan kebangsaan
Langkah untuk mengekalkan dan menetapkan perpaduan kaum di Malaysia
  •          Kempen kerajaan
  •          Program RIMUP
  •          Gotong royong
  •          Rumah terbuka
  •          Sambutan perayaan
  •          Program sukan
  •          Slogan I Malaysia
  •          Aktiviti kokurikulum
Membuat rumusan ( cadangan )
Pengetahuan
  • Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
  • Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........
  • Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara
Iktibar
  • Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat
Harapan ( saya berharap agar )
  • Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan
  • Tidak terpengaruh dengan anasir luar
  • Menghargai jasa tokoh
Sumber:


Goodluck to batch 99 :D